Selamat datang ke laman web FountainIntl.co dari Perbadanan Fountain International (selepas ini dirujuk sebagai "Fountain International", "kita" atau "kami").
PERHATIAN: SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN TAPAK WEB FOUNTAININTL.CO DAN LAMAN WEB ("TAPAK") YANG BERKAITAN. DENGAN MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN TAPAK INI ANDA BERSETUJU DENGAN TERMA PENGGUNAAN ("TERMA") YANG BERIKUT. JIKA ANDA TIDAK MENERIMA TERMA INI, SILA BERHENTI MENGGUNAKAN TAPAK INI. FOUNTAIN INTERNATIONAL BOLEH MENGUBAH TERMA INI PADA BILA-BILA MASA, DAN PENGGUNAAN TAPAK SELEPAS PERUBAHAN TERSEBUT MERUPAKAN PERSETUJUAN BAHAWA ANDA TELAH TERIMA DAN AKAN MEMATUHI TERMA YANG TELAH DIUBAH. DARI MASA KE SEMASA ANDA PERLU MELAWAT LAMAN INI UNTUK MENINJAU SEMULA TERMA YANG BERKUATKUASA.
Fountain International berhak, mengikut budi bicaranya, untuk menukar, mengubahsuai, menambah atau mengeluarkan mana-mana bahagian Terma dan Syarat- Syarat Penggunaan pada sebarang masa dengan mengemaskini pengumuman ini. Sila semak syarat-syarat ini dari masa ke semasa untuk sebarang perubahan. Jika anda terus menggunakan laman web ini selepas perubahan kepada syarat-syarat ini bermakna anda bersetuju dan menerima bahawa perubahan-perubahan tersebut berkaitan dengan anda. Anda dikehendaki mengikut Terma dan Syarat- Syarat Penggunaan bagi setiap tapak web yang diselenggarakan oleh Fountain International.
KANDUNGAN
Tapak ini dan semua kandungan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, artikel- artikel, teks lain, gambar-gambar, ilustrasi, grafik, nama produk, imej, arca butang, muat turun digital, reka bentuk, logo, bahan video, klip audio, dan kompilasi data (secara kolektif, "Harta Intelektual") adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan dan undang-undang Amerika Syarikat, serta konvensyen antarabangsa dan undang-undang negara yang lain. Harta Intelektual ini dimiliki dan dikawal oleh Fountain International atau pihak yang disebut sebagai pembekal atau pemilik harta intelektual. Kompilasi (bermaksud pengumpulan, penyusunan dan penghimpunan) semua kandungan di tapak ini adalah milik eksklusif Fountain International dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Amerika Syarikat dan antarabangsa. Semua perisian yang digunakan di Tapak ini adalah hak milik pembekal perisian komersial, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Amerika Syarikat dan antarabangsa. Anda boleh melihat, menyalin, memuat turun atau mencetak bahan yang terdapat di Tapak ini untuk kegunaan peribadi anda sahaja, dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Anda tidak boleh menyalin kandungan untuk penggunaan komersial atau pengedaran;
- Anda tidak boleh mengubah suai kandungan atau menghantar semula kandungan ke tapak web lain;
- Semua hak cipta, tanda dagangan, dan notis proprietari lain yang terkandung dalam semua salinan mesti dikekalkan secara sempurna dan,
- Notis hak cipta dan notis kebenaran mesti ada pada setiap salinan.
Apa-apa tindakan lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyalinan, pengubahsuaian, semakan, penghasilan semula, penerbitan semula, memuat naik, penghantaran, penyiaran, atau pengedaran untuk tujuan komersial atau bukan peribadi pada apa-apa bahan atau unsur daripada Tapak ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk atau reka letak Tapak ini, unsur-unsur individu reka bentuk Tapak ini, atau logo Fountain International tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada Fountain International atau pemilik Harta Intelektual adalah dilarang. Untuk tujuan syarat-syarat ini, penggunaan bahan-bahan ini dalam mana-mana laman web lain atau rangkaian komputer adalah dilarang. Akses kepada dan penggunaan Tapak ini adalah untuk maklumat peribadi anda, pendidikan dan komunikasi dengan Fountain International semata-mata. Tiada hak, hakmilik atau kepentingan dalam mana-mana kandungan Tapak ini boleh dipindahkan kepada anda sebagai hasil daripada apa-apa muat turun, penyalinan, pencetakan atau untuk penggunaan yang lain.
INTERAKSI DENGAN AHLI-AHLI LAIN (JIKA BERKENAAN)
Satu atau lebih Tapak Web yang dikendalikan oleh Fountain International membenarkan pengguna-pengguna membuka akaun atau mendaftar untuk perkhidmatan yang membenarkan pengguna-pengguna, antara lain, berkomunikasi antara satu sama lain (pemegang akaun ini atau pengguna berdaftar ini dirujuk sebagai "Ahli-Ahli"). Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas interaksi anda dengan Ahli-Ahli yang lain. Anda memahami bahawa Fountain International tidak sama sekali menapis Ahli-Ahli, ataupun menyiasat latar belakang Ahli-Ahli, ataupun cuba mengesahkan kenyataan Ahli-Ahli. FOUNTAIN INTERNATIONAL TIDAK MEWAKILI ATAU MEMBERI JAMINAN KE ATAS KELAKUAN AHLI-AHLI ATAU KESERASIAN MEREKA DENGAN AHLI SEMASA ATAU AHLI MASA DEPAN. FOUNTAIN INTERNATIONAL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEROSAKAN, SAMA ADA LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, AM, KHAS, PAMPASAN, AKIBAT, DAN/ATAU SAMPINGAN, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU YANG BERHUBUNGAN DENGAN KELAKUAN ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA YANG BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN TAPAK INI, TERMASUK TANPA HAD, KECEDERAAN ANGGOTA, TEKANAN EMOSI, DAN/ATAU APA-APA KEROSAKAN AKIBAT KOMUNIKASI ATAU PERTEMUAN DENGAN AHLI-AHLI LAIN. Anda bersetuju untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dalam semua interaksi dengan Ahli-Ahli lain, terutamanya jika anda membuat keputusan untuk bertemu di luar talian atau secara bersemuka. Anda memahami bahawa Fountain International tidak membuat sebarang jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, mengenai keserasian anda dengan individu yang anda mungkin bertemu melalui Tapak ini. Anda tidak patut memberi maklumat kewangan anda (contohnya, kad kredit atau maklumat akaun bank) kepada Ahli-Ahli yang lain.
PAUTAN
Dari masa ke semasa, kami mungkin menghantar pautan ke tapak web yang lain untuk kemudahan anda, atau anda mungkin tiba di Tapak kami dari pautan yang dipaparkan di lain tapak web. Anda mengakui bahawa tapak-tapak web atau lokasi-lokasi lain tidak berada di bawah kawalan Fountain International dan anda bersetuju bahawa Fountain International tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat atau pautan tambahan yang terdapat di lain tapak-tapak. Fountain International tidak menyokong, menguji atau mengesahkan apa-apa maklumat atau program yang terdapat di lain tapak-tapak.
BAWAH UMUR
Tapak ini bertujuan untuk individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas. Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menggunakan Tapak web ini dan mendaftar sebagai Ahli (jika berkenaan). Sekiranya anda mengakses Tapak web ini dari luar Amerika Syarikat, sila ingat bahawa ia mungkin tidak mematuhi undang-undang negara anda.
PENDAFTARAN
Selepas pendaftaran sebagai Ahli (jika berkenaan), anda akan menetapkan nama pengguna dan kata laluan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan anda, dan anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aktiviti di Tapak ini yang dilakukan di bawah nama pengguna dan kata laluan anda. Anda bersetuju untuk (a) segera memaklumkan Fountain International tentang sebarang penggunaan nama pengguna atau kata laluan anda yang tidak dibenarkan atau apa-apa pelanggaran peraturan keselamatan yang lain, dan (b) memastikan anda keluar daripada akaun anda pada akhir setiap sesi. Fountain International tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kegagalan anda untuk mematuhi peruntukan ini. Anda perlu berhati-hati semasa mengakses akaun anda dari komputer awam atau komputer yang dikongsi supaya orang lain tidak dapat melihat atau merakam kata laluan atau maklumat peribadi lain anda. Jika anda berkongsi komputer dengan orang lain, anda patut mempertimbangkan menghilangkan keupayaan ciri menyimpan kata laluan dari pelayar-pelayar anda.
Organisasi, syarikat, dan/atau perniagaan tidak dibenarkan menjadi Ahli dan tidak patut menggunakan Tapak web ini untuk sebarang tujuan. Penggunaan haram dan/atau tanpa kebenaran Tapak ini, termasuk mengumpul nama pengguna dan/atau alamat e-mel Ahli-Ahli dengan cara elektronik atau lain-lain untuk tujuan menghantar e-mel tanpa diminta dan menyambung rangkaian atau pautan kepada Tapak ini akan disiasat, dan tindakan undang-undang akan diambil, termasuk tanpa had, tebus rugi sivil, jenayah, dan injunksi. Penggunaan Tapak ini adalah dengan kebenaran Fountain International, yang berhak untuk menbatal akses pada bila-bila masa, atas sebarang sebab, menurut budi bicara Fountain International.
SERAHAN PENGGUNA
Fountain International mengalu-alukan komen anda. Walau bagaimanapun, sila jangan menghantar Fountain International sebarang idea kreatif, bahan-bahan asal, atau cadangan selain daripada yang kami minta secara khusus. Sebarang komunikasi atau bahan yang anda hantar kepada Fountain International atau dihantar ke Tapak ini melalui mel elektronik atau sebaliknya, termasuk apa-apa data, soalan, jawapan, komen, cadangan, testimonial atau sebagainya akan dianggap, dan akan kekal, sebagai harta Fountain International.
Fountain International menghendaki bahawa anda tidak menggunakan Tapak web ini untuk mencabuli hak cipta, tanda dagangan atau hak harta intelektual sesiapa pun. Dengan menghantar bahan kepada Fountain International atau Tapak ini, anda menyatakan bahawa anda adalah pemilik bahan, atau membuat penghantaran anda dengan keizinan nyata pemilik. Anda juga menjamin bahawa semua hak moral ke atas apa-apa bahan yang anda hantarkan kepada kami tidak lagi dikenakan. Menghantar bahan milik orang lain, tanpa persetujuan pemiliknya, bukan sahaja melanggar Perjanjian ini, malah anda mungkin menghadapi liabiliti undang-undang kerana mencabuli hak cipta, tanda dagangan atau hak harta intelektual dan lain-lain. Selain itu apa-apa remedi bagi Fountain International, anda bersetuju untuk melindungi, mempertahankan, membebaskan dan membela Fountain International dan para anggota gabungan, pengarah, pegawai, pekerja dan ejennya daripada sebarang dan semua tuntutan, ganti rugi, kerugian atau liabiliti oleh mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada atau berkaitan dengan apa-apa bahan yang anda hantar kepada Fountain International atau Tapak ini.
SEKATAN PENGGUNAAN
Seterusnya, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Tapak ini untuk:
- Memuat naik, menghantar, e-mel atau menyiar sebarang bahan yang menyalahi undang-undang, palsu, menipu, berbahaya, mengancam, mencaci, mengganggu, menyebabkan tort, memfitnah, berbahasa kesat, lucah, menceroboh keperibadian pihak lain, bersifat benci , atau tidak menyenangkan dari segi perkauman, etnik atau segi lain (mengikut budi bicara mutlak kami) atau apa-apa bahan yang merupakan atau mendorong tindakan yang akan dianggap sebagai kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil, atau sebaliknya melanggar mana-mana undang-undang;
- Membahayakan golongan bawah umur dalam apa jua cara;
- Menyamar sebagai sebarang orang atau entiti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pengarah, pegawai, pekerja, pemegang saham, ejen atau wakil Fountain International, anggota gabungan kami atau mana-mana orang atau entiti lain, atau menyatakan secara palsu atau sebaliknya menyalahgambarkan hubungan anda dengan Fountain International, anggota gabungan kami atau mana-mana orang atau entiti yang lain;
- Memuat naik, menghantar, e-mel atau menyiarkan sebarang bahan yang anda tidak berhak memuat naik, hantar, e-mel atau menyiarkan di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah hubungan berkontrak atau fidusiari (seperti maklumat orang dalam, maklumat proprietari dan sulit yang diketahui atau didedahkan sebagai sebahagian daripada hubungan pekerjaan atau di bawah perjanjian ketakdedahan);
- Memuat naik, menghantar, e-mel atau menyiarkan sebarang bahan yang mencabuli mana-mana paten, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak cipta, hak privasi atau publisiti atau hak proprietari mana-mana pihak;
- Memuat naik, menghantar, e-mel atau menyiarkan sebarang iklan tanpa diminta atau tanpa kebenaran, bahan promosi, "mel remeh", mel massa yang tidak diminta, "spam ", "surat berangkai", "skim piramid", atau apa-apa bentuk penjualan komersial;
- Memuat naik, menghantar, e-mel atau menyiarkan sebarang bahan yang mengandungi virus atau kod komputer, fail atau program lain yang direka untuk mengganggu, membinasakan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian atau perkakasan komputer atau kelengkapan telekomunikasi;
- Mengganggu atau menggendalakan Tapak ini atau pelayan atau rangkaian yang berhubung dengan Tapak ini, atau tidak mematuhi sebarang keperluan, prosedur, polisi atau peraturan rangkaian yang berhubung dengan Tapak web ini;
- Secara sengaja atau tidak sengaja melanggar mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mana-mana peraturan yang mempunyai kuasa undang-undang;
- "Menghendap" atau dengan cara lain mengganggu pengguna lain Tapak ini;
- Mengumpul atau menyimpan data peribadi atau cuba mengumpul atau menyimpan data peribadi pengguna lain dari Tapak ini;
- Mendapatkan kata laluan atau maklumat pengenalan peribadi untuk tujuan komersial atau tujuan menyalahi undang-undang daripada pengguna lain;
- Membantu atau membenarkan sesiapa melakukan sebarang aktiviti yang dinyatakan di atas.
Walaupun Fountain International tidak boleh dan tidak akan meninjau mana-mana atau semua bahan yang dihantar oleh pengguna ke Tapak ini, Fountain International berhak menyingkir apa-apa bahan pada bila-bila masa atau tanpa sebab, mengikut budi bicara mutlaknya.
PENAFIAN KESIHATAN
Tapak ini menyediakan maklumat mengenai pemakanan, kesihatan dan senaman dan kandungan yang diterbitkan melalui Internet dan bertujuan hanya untuk membantu pengguna-pengguna dengan menyediakan maklumat yang berguna untuk pertimbangan mereka. Fountain International bukanlah sebuah organisasi perubatan dan kakitangan kami tidak boleh memberi nasihat perubatan atau diagnosis. Tiada apa-apa yang terkandung di dalam Tapak web ini boleh dianggap sebagai nasihat atau diagnosis. Maklumat dan kandungan Tapak ini tidak patut ditafsirkan sebagai pengganti untuk perundingan, penilaian, atau rawatan oleh doktor atau ahli penjagaan kesihatan profesional. Anda digesa dan dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli penjagaan kesihatan profesional sebelum memulakan sebarang diet atau program atau amalan senaman. Tapak ini bertujuan digunakan hanya oleh individu dewasa yang sihat. Tapak ini tidak bertujuan digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur, wanita hamil, atau individu yang mempunyai sebarang jenis masalah kesihatan. Individu-individu seperti itu diberi amaran khusus supaya mendapatkan nasihat perubatan profesional sebelum memulakan sebarang bentuk diet atau program atau amalan senaman.
PENAFIAN WARANTI; HAD LIABILITI
FOUNTAIN INTERNATIONAL TIDAK SAMA SEKALI MEMBUAT PERNYATAAN ATAU MEMBERI JAMINAN MENGENAI TAPAK INI. SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG, TAPAK INI DISEDIAKAN KEPADA ANDA "SEPERTI YANG TERSEDIA", DENGAN SEGALA KESILAPAN TANPA SEBARANG JENIS WARANTI YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT. PENGGUNAAN TAPAK INI ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. FOUNTAIN INTERNATIONAL DENGAN NYATA MENAFIKAN SEMUA JENIS WARANTI BERKENAAN TAPAK INI, SAMA ADA YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA HAD, WARANTI KEBOLEHDAGANGAN, HAK MILIK, KETIDAKLANGGARAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, TIADANYA VIRUS, KETERSEDIAAN, KEKINIAN, KESELAMATAN, KETEPATAN ATAU KESEMPURNAAN, KEPUTUSAN DAN TIADANYA KECUAIAN.
JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN MANA-MANA BAHAGIAN TAPAK INI, ATAU DENGAN SEBARANG TERMA PENGGUNAAN, SATU-SATU PENYELESAIAN BAGI ANDA IALAH BERHENTI MENGGUNAKAN TAPAK INI. PENGECUALIAN DAN PENAFIAN YANG DISEBUT DI ATAS AKAN DIKENAKAN SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN, WALAUPUN PENYELESAIANNYA GAGAL MEMENUHI TUJUAN ASASNYA.
INDEMNITI
Anda bersetuju untuk mempertahankan, melindungi dan membebaskan Fountain International daripada sebarang dan semua tuntutan, liabiliti, permintaan, denda, perampasan, tuntutan mahkamah, keputusan hakim dan, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran peguam ) yang berkaitan, yang Fountain International kelak mungkin perlu menanggung, bertanggungjawab untuk membayar atau yang timbul akibat penggunaan Tapak web ini atau pelanggaran mana-mana peruntukan Terma ini .
UNDANG-UNDANG DAN PILIHAN FORUM
Terma ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang negeri California, tanpa menyebabkan sebarang prinsip konflik undang-undang. Anda bersetuju bahawa sebarang tindakan undang-undang atau ekuiti yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Tapak ini atau Terma ini hanya akan didaftarkan di mahkamah negeri atau persekutuan yang terletak di daerah San Francisco di negeri California dan anda bersetuju dan menyerah kepada kuasa peribadi mahkamah tersebut untuk tujuan membuat litigasi terhadap tindakan tersebut.
RELIF ADIL
Anda mengiktiraf dan mengakui bahawa pelanggaran kewajipan anda di bawah Terma ini akan menyebabkan kerosakan pada Fountain International yang tidak dapat dipulihkan, dan tidak boleh mudah dibetulkan dengan ganti rugi kewangan daripada tindakan undang-undang. Oleh itu, sekiranya berlakunya apa-apa keingkaran atau pelanggaran oleh anda, termasuk apa-apa tindakan oleh anda yang boleh menyebabkan sejenis kerugian atau kejatuhan nama baik, reputasi kami, atau hak Tapak ini, Fountain International berhak membuat injunksi segera selain mana-mana penyelesaian lain yang ada, untuk menghentikan atau menghalang kerosakan , kerugian, atau kejatuhan yang tidak dapat ditebus tersebut.
Selain itu remedi lain yang sedia ada bagi Fountain International, jika anda melanggar mana-mana Terma, hak anda untuk menggunakan Tapak ini akan ditamatkan secara automatik. Selepas ditamatkan, anda mesti menghapuskan semua bahan-bahan yang diperolehi daripada Tapak ini dan semua salinannya, sama ada dibuat mengikut Terma ini atau sebaliknya.
SELURUH PERJANJIAN
Terma ini merangkumi keseluruhan perjanjian dan persefahaman antara Fountain International dan anda berkenaan dengan hal Terma dan menggantikan kesemua perjanjian lisan atau bertulis dan persetujuan yang berkaitan dengan hal Terma. Tiada kenyataa, pernyataan, , waranti, perjanjian atau perjanjian yang tidak dikemukakan secara nyata dalam Terma boleh mempengaruhi, atau digunakan untuk mentafsir, mengubah atau menyekat, syarat-syarat dan peruntukan nyata dalam Terma ini.
Dalam mana-mana tindakan terhadap kami yang timbul daripada penggunaan Tapak web ini atau Terma ini, pihak yang menang akan berhak mendapatkan semula semua perbelanjaan guaman yang ditanggung kerana tindakan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada kos, yang boleh cukai dan tidak boleh cukai, dan yuran peguam yang munasabah.
Jika mana-mana peruntukan Terma ini menyalahi undang-undang, tidak sah, atau atas apa-apa sebab tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan itu akan dianggap boleh diasingkan daripada syarat-syarat ini dan tidak akan menjejaskan kesahan dan penguatkuasaan peruntukan yang tinggal. Terma ini merupakan seluruh perjanjian di antara anda dengan kita yang berkaitan dengan hal ini.
Kami mungkin boleh menyerahkan hak dan tanggungjawab kami di bawah Terma ini. Terma ini akan memberi faedah pada pengganti, penerima serah hak dan pemegang lesen kami. Kegagalan mana-mana pihak untuk mendesak atau menguatkuasakan pelaksanaan ketat oleh pihak lain berkenaan peruntukan Terma ini, atau untuk menggunakan sebarang hak di bawah Terma ini, tidak akan ditafsirkan sebagai sebarang penepian atau pelepasan oleh pihak itu untuk mendesak hendak atau bergantung pada peruntukan atau hak tersebut dalam keadaan tersebut atau mana-mana keadaan lain; sebaliknya, syarat-syarat ini akan terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya.